Monday, February 8, 2010
What input and output devices would you use for the following system?
What input and output devices would you use for the following system? For each, compare and contrast alternatives, and if appropriate indicate why the convential keyboard, mouse, CRT screen may be less suitable.
PORTABLE WORD PROCESSOR
Handwriting Recognition
Objektif
-Portable word processor ini diwujudkan untuk memudahkan proses pengambilan input dari pengguna dan dapat menyimpannya dalam bentuk digital.
Kadang-kadang menaip pada papan kekunci mungkin lebih mudah, bersih dan laju, tetapi ada juga masa dimana kita perlu menggunakan pen dan nota iaitu dengan menggunakan cara yang lama, contohnya menulis nota ketika berada didalam kelas, seminar, atau menulis ilham.
Oleh itu, Digiscribble diwujudkan untuk bekerja seperti pen yang biasa dan menulis diatas kertas yang biasa kita gunakan, akan tetapi pen yang dilihat biasa ini sebenarnya dilengkapi dengan sebuah alat pemancar kecil yang berhubung dengan satu sensor kecil yang diklipkan pada bahagian atas pada nota anda.
Pen ini merakam pergerakan tangan pengguna apabila pengguna menulis dan mengirimkan maklumat itu kepada unit asas. Unit itu menyimpan maklumat didalam memori dan berkemampuan menyimpan sehingga 50 helai halaman teks ataupun lukisan
Data yang telah disimpan tadi boleh dipindah ke komputer anda dengan menggunakan usb port.
Cepat & Mudah
Nota tulisan tangan, peta, lakaran dan tandatangan boleh disimpan ke bentuk digital dengan begitu mudah hanya dengan menggunakan pen biasa
Simpan data yang telah ditulis kedalam computer anda dan tukarnya kepada bentuk teks bertaip dan salin atau Import kedalam Ms Office™ seperti Ms Word® dan Outlook®.
Kebaikan:
• Kecil dan mudah alih
• Ringkas untuk digunakan
• Boleh menangkap nota tulisan tangan, tandatangan, peta dan lakaran
• Boleh menukar/ convert nota kepada teks
• Export atau salin kepada MS Word® atau aplikasi lain
• Menggunakan pen sebagai tetikus
• Menyimpan sehingga 50 helai mukasurat tulisan ataupun lakaran
• Menyokong sehingga 15 bahasa
• Menyimpan nota didalam perisian Note Manager yang dibekalkan
• Menggunakan pen dan kertas yang biasa, jadi dapat menjimatkan kos
Bahasa-bahasa yang disokong:
English, Danish, Dutch, Finnish, French, German, Italian, Japanese, Korean, Norwegian Portuguese, Russian, Spanish, Swedish & Chinese (Simplified & Traditional)
Pakej dilengkapi:
• Apcom digiscribble PC Pen • Quick Start Guide
• Memory Receiver Unit • Note Manager Mini CD
• USB cable • MyScript Mini CD,
• 1 x Blue Ink Refill • Two Year RTM Warranty .
• stylus
• 2 x SR 41 Batteries
Rujukan
http://www.scanningpens.co.uk/product_info.php?ref=56&products_id=142&affiliate_banner_id=1
TOURIST INFORMATION SYSTEM
(Eye Phone)
Objektif
-Eye phone ini dicipta untuk memudahkan seseorang pengguna mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat yang dikunjugi, terutamanya memberi kemudahan kepada para pelancong
Maklumat untuk pelancong dimana-mana sahaja
Adakah anda berminat untuk mengakses maklumat tentang sesebuah bangunan dan pemandangan yang dilihat semasa melancong?
Eye-Phone adalah satu contoh yang baik potensi satelit itu sistem-sistem navigasi apabila maklumat kedudukan mereka digabungkan dengan komunikasi lain dan teknologi maklumat, Sistem ini telah dibangunkan menggunakan teknologi Apollo,
ini adalah sesuatu yang unik, apabila dapat melakukan pengecaman pada sesuatu objek dalam bentuk imej, iaitu sesuatu yang amat rumit, ini adalah system pembelajaran sendiri dan sangat mudah.
Teknologi Apollo ini dapat mengenal pasti objek dalam imej digital tanpa mengira sudut dari mana ia diambil, keadaan cahaya mahupun kualiti sesuatu imej. Untuk menyokong pengecaman objek, ia menggunakan pelayaran kedudukan sesuatu maklumat.
Ia juga menggunakan ‘angle-sensor’, fungsi baru yang kian diperkenalkan pada kamera digital, dimana dapat mengenalpasti dimana sesebuah imej itu diambil dan juga arah dimana kamera itu ditunjukkan. Sekali objek didalam gambar dikenalpasti, system akan mencari maklumat yang berkaitan dengan objek dipilih melalui mana-mana pangkalan data didalam internet yang dapat memenuhi spesifikasi objek tersebut.
Bagaimana ia bekerja?
Bagaimana ia bekerja? Jika anda melihat sesuatu menarik semasa keluar berjalan-jalan contohnya, anda ambil gambar objek itu kemudian pilih objek yang diingini dengan kursor, kemudian selepas maklumat diproses maklumat itu akan dihantar ke telefon anda.
Ianya boleh terdiri daripada bangunan, bukit, gunung, pokok, tumbuhan mahupun peristiwa istimewa seperti perayaan tempatan
Maklumat yang diterima bergantung kepada pengguna, jika pengguna ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pengguna perlu klik pada menu 'more button'
Rujukan
http://www.esa.int/esaCP/SEMK2B3XQEF_index_0.html
MENU SELECTOR
(Interactive touch-sensitive tables menu)
Objektif
-Produk seperti ini dicipta untuk mewujudkan keselesaan kepada para pelanggan restaurant dan memberi hiburan semasa proses menunggu makanan dihidang.
Teknologi dan restaurant telah bergabung pada alaf baru ini, seperti yang dapat dilihat pada rajah diatas, terdapat sebuah projector diatas meja untuk mendapatkan paparan ala maya dan terdapat pad sesentuh untuk tujuan navigasi
Apabila pelanggan mengambil tempat duduk, pengguna boleh memilih tema bg persekitaran tempat makan itu seperti memilih latarbelakang untuk windows.
Selepas itu, pelanggan boleh melihat pada paparan menu, dimana termasuk dengan gambar makanan, hidangan-hidangan utama, dan juga minuman. Pesanan begitu mudah dan ringkas dengan pointing dan clicking lalu menunggu pelayan menghantar makanan yang telah dipesan itu.
Sementara pelanggan menunggu makanan dihantar, pelanggan dapat melihat proses memasak makanan yang telah dipesan. Pelanggan juga dapat memilih untuk bermain permainan yang telah disediakan sama ada secara individu ataupun dengan rakan satu meja. Selain itu, pelanggan juga dapat memesan teksi untuk pulang kerumah
Kesimpulan
-Sesuatu produk yang dihasilkan seharusnya menepati piawaian terhadap pengguna, iaitu dapat memberi keselesaan,penjimatan,berguna dan mudah difahami.
Rujukan
http://www.coolest-gadgets.com/20090311/inamo-restaurant/
Penjagaan Perkakasan
Langkah 1
-Fungsi Disk clean up ini terdapat pada sistem Windows 98, Me dan XP. Untuk melakukan Disk clean up , pertama sekali klik pada ikon My Computer dan paparan cakera keras akan kelihatan. Klik tetikus kanan pada drive, C atau D. Bergantung kepada partion yang ingin dilakukan. Lihat bawah:
-Seterusnya, klik pada Properties.
Langkah 2
- Paparan ini akan muncul. Ini adalah paparan cakera keras (hard disk) anda. Warna biru pada carta pai bermaksud ruang yang telah digunakan manakala warna pink adalah ruang yang masih kosong dan masih belum diisi. Kemudian, klik pada Disk Cleanup.
Langkah 3
-Aktifkan semua kotak yang ada pada bahagian Files to Delete, lalu klik OK.
Langkah 4
-Klik “yes” jika ingin meneruskan langkah ini.
Langkah 5
- Proses mencuci ini mungkin akan mengambil masa, bergantung kepada fail yang telah dipilih dan juga kandungan 'junk' file didalam hard disk. Jika banyak maka masa yang akan diambil agak lama. Proses ini selamat jika dilakukan setiap kali. Proses ini harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi pengguna Internet.
DISK DEFRAGMENTER TECHNIQUE
Langkah 1
-Buka Disk Defragmenter : Klik start → Klik pada All Program → Accessories System Tools → klik pada Disk Defragmenter
Langkah 2
-Klik pada Volume yang dikehendaki untuk fragment fail dan folders. Kemudian, cklik Analyze.
Langkah 3
-Apabila selesai Disk defragmenter menganalisa volume, ia akan memaparkan analisis volume pada Analysis Display. Ia juga akan turut memaparkan kotak dialog yang memberitahu anda samada ingin melakukan defragment pada volume atau tidak.
Langkah 4
-Gambar dibawah menunjukkan langkah Defragmenter
Langkah 5
- Klik View Report untuk paparan laporan analisis dimana ia memaparkan maklumat lengkap tentang volume dan senarai fail yang telah di fragment.
SOALAN:
1) Bincangkan apakah tujuan melakukan disk clean up:
- Inilah aplikasi Disk Cleanup yang telah disediakan oleh Microsoft.Tujuan perisian ini adalah untuk menghapuskan fail 'junk' dan fail-fail sementara (temporary). Downloaded Program Files ialah fail-fail Installer yang kadangkala akan terpapar apabila anda melayari sesuatu laman web yang akan meminta anda memuat turun sesuatu perisian. Perisian tersebut seterusnya akan disimpan di dalam folder ini.
- Tatacara proses ‘Disk Cleanup’ bertujuan untuk membuang fail-fail
yang tidak diperlukan di dalam sistem komputer. Apabila kita
menggunakan sistem pengoperasian seperti Windows, kita kadangkala
tidak mengetahui apakah fail- fail sistem yang ada di dalam sistem
komputer kita. Windows menggunakan fail-fail berkenaan untuk tujuan
tertentu dan mengekalkannya di dalam satu folder yang dibina bertujuan
untuk menyimpan fail-fail sementara ini. Anda juga mungkin telah
membuat instalasi komponen-komponen Windows sebelum ini yang
mungkin tidak lagi digunakan. Penggunaan ‘Disk Cleanup’ ini dapat
mengurangkan fail-fail dalam cakera keras anda untuk memastikan
ruang penyimpanan (free space) yang banyak di dalam sistem
komputer
SOALAN:
2) Bincangkan apakah tujuan melakukan disk defragmenter:
- ‘Disk Defragmenter’ berfungsi untuk menggabung dan menyusun atur
fail-fail di dalam cakera keras anda. Penggunaan ‘disk defragmenter’ ini
dapat memberi kemudahan kepada penguna untuk membuka dan
memasuki fail anda dengan lebih mudah dan cepat.
SOALAN:
3) Kenapa kita perlu melakukan “back up” dan tunjukkan langkah melakukan ”back up”
-Perkara yang kedua terpenting ialah menyediakan salinan bagi setiap data penting (backup). Langkah ini penting bagi menyelamatkan data yang amat berharga dalam komputer anda yang kelak anda tidak mahu menyesal setelah kehilangannya.
-Maka, langkah backup ini merupakan salah satu kemestian yang perlu anda lakukan. Kekerapan langkah backup ini juga bergantung kepada penggunaan komputer anda. Andai komputer anda bertindak sebagai sebuah pelayan (server) atau sebagai sebuah komputer studio, mungkin kekerapannya meningkat kepada seminggu sekali. Sebaliknya jika komputer anda hanya merupakan sebuah komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan gaming dan online, mungkin kekerapan backup hanya perlu sekali pada setiap tiga bulan. Menggunakan backup utility, anda boleh memilih untuk backup keseluruhan sistem atau hanya beberapa fail penting. Cara-cara melakukan back up adalah:
1. Mulakan “Backup Utility” dari Start > Program > Accesories > System Tools > Backup
2. Setelah tetingkap “Backup” muncul, anda boleh memilih untuk menggunakan Advanced Mode atau klik Next untuk langkah seterusnya.
3. Jika anda klik Next, maka anda perlu memilih samada untuk menyediakan “Salinan Backup” atau mendapatkan semula “Salinan Backup”
4. Anda perlu memilih fail yang ingin di ”back up”
5. Pilih lokasi untuk menyimpan back up
6. ‘Back up ’sedang dilakukan
7. ‘back up’ telah selesai
8. Jika anda memilih untuk Advanced Mode pada langkah ke-2 tadi, maka sebuah tetingkap baru akan muncul dengan pilihan Backup Wizard, Restore Wizard atau ASR Wizard. Anda hanya perlu klik pilihan anda dan meneruskan langkah-langkah seterusnya.
KESIMPULAN
• Penjagaan dan pemeriksaan Hard Disk komputer memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan perisian yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk
RUJUKAN
• http://www.mykomputer.info/
• http://a-child-noor.blogspot.com/2009/06/backup-and-restore-data.html
Pengenalan Os
- APAKAH SISTEM PENGOPERASIAN
- Suatu aturcara yang menguruskan perkakasan komputer
- Bertindak sebagai antaramuka di antara pengguna komputer dengan perkakasan komputer
Matlamat Sistem Pengoperasian?
- Menjadikan sistem komputer lebih selesa digunakan
- Membenarkan perkakasan komputer digunakan dengan lebih cekap dan efisyen
KOMPONEN- KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
Sebuah sistem komputer boleh dibahagikan secara umumnya kepada 4 komponen iaitu:
- Perkakasan
- Sistem pengoperasian
- Aturcara aplikasi
- Pengguna
DEFINISI SISTEM PENGOPERASIAN
- Peruntuk sumber
Mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber sistem komputer (perkakasan dan perisian)
- Pengawal aturcara
Mengawal perlaksanaan aturcara pengguna dan operasi peranti input/ouput (untuk elakkan kesilapan dan salah guna sistem komputer)
- Kernel
Suatu aturcara yang dilarikan pada setiap masa (dengan yang lainnya adalah aturcara aplikasi)
- KEGUNAAN SISTEM PENGOPERASIAN
- Sistem pengoperasian adalah teras yang membuatkan komputer berfungsi. Ia bekerja di belakang tabir dan bertindak sebagai pengantara untuk permintaan daripada pengguna dan aturcara. Berikut adalah fungsi sistem pengoperasian :
- Menyediakan antara muka kepada pengguna untuk menggunakan komputer.
- Menguruskan perkakasan seperti komponen-komponen input (tetikus, papan kekunci, pengimbas), output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama (RAM). Sistem pengoperasian akan menyelaras dan menjejaki/mengikuti aturcara mana yang memerlukan perkakas mana.
- Melaksanakan dan menyediakan kemudahan untuk perisian aplikasi dan utiliti beroperasi dengan lancar.
- Menguruskan sistem fail cakera keras. Sistem pengoperasian menguruskan perjalanan data dari komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor) dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder.
EVOLUSI SISTEM PENGOPERASIAN
· Evolusi OS berlaku sebab perubahan teknologi mengikut zaman. Ini termasuklah
· perubahan dan peningkatan teknologi perkakasan
· permintaan pengguna yang menginginkan perkhidmatan/ kemudahan baru serta prestasi sistem pengoperasian yang lebih tinggi.
· Upgrade OS yang mempunyai masalah
- JENIS – JENIS SISTEM PENGOPERASIAN DIPASARAN
· Batch Operating system
· Multiprogramming operating system
· Time Sharing System
· Real Time System
· Network System
· Distributed operating system
D.PILIH SATU SISTEM PENGOPERASIAN DAN TERANGKAN
Batch Operating system
- Semua job (jujukan arahan, program atau data) akan dikumpulkan sebelum ia diproses
- Juga dikenali sebagai ‘non interactive system’
- Sistem yang pertama menggunakan konsep multiprogramming
- User tiada interaksi dengan job ketika ia diproses
Multiprogramming operating system
- Sistem yang membenarkan lebih 1 pengguna / program dilaksanakan pada 1 masa
- Mempunyai user account database yang memberi hak kepada user terhadap satu-satu sumber
- Lebih selamat
- Contoh : - Unix
- Sistem ini membenarkan job berlainan user disimpan pada memory komputer, menjadualkan job pada CPU, menyediakan kemudahan i/o berdasarkan permintaan setiap pengguna dan mengoptimakan penggunaan sumber komputer
- Objektif sistem ini : memaksimumkan jumlah program yang dilaksanakan dalam masa yang spesifik
Time Sharing System
- Benarkan beberapa user guna komputer serentak (On-line)
- Objektif sistem ini :- Respon yang cepat untuk setiap pengguna komputer
Real Time System
- Digunakan untuk mengawal industri system atau machinery system
- Antaramuka tidak user-friendly
- Banyak digunakan untuk menguruskan komputer untuk pastikan pelaksanaan operasi sama dengan bilangan atau kekerapan perlaksaan operasi dalam 1 masa yang ditetapkan
- QNX adalah contoh RTOS
Network System
- Merupakan koleksi komputer yang dirangkaian bersama
- OS setiap komputer yang dirangkaikan mengandungi pengawalan untuk mengendalikan komunikasi dan pemindahan data / program ke komputer lain dalam rangkaian
- User sedar kewujudan pelbagai komputer dan boleh log-in kepda komputer remote dan copy fail dari 1 komputer ke komputer lain
- Setiap komputer mempunyai OS dan user yang tersendiri
Distributed operating system
- Merupakan koleksi processor yang tidak berkongsi memory, i/o device atau clock
- Processor berkomunikasi antara 1 komputer dengan lain melalui talian rangkaian
- User tidak perlu ambil tahu dari mana program dilaksanakan atau dimana fail disimpan
- Semua ini akan dikendalikan secara automatik dan berkesan oleh sistem pengoperasian