Monday, February 8, 2010

Pengenalan Os

  1. APAKAH SISTEM PENGOPERASIAN

    • Suatu aturcara yang menguruskan perkakasan komputer
    • Bertindak sebagai antaramuka di antara pengguna komputer dengan perkakasan komputer

Matlamat Sistem Pengoperasian?

  • Menjadikan sistem komputer lebih selesa digunakan
  • Membenarkan perkakasan komputer digunakan dengan lebih cekap dan efisyen

KOMPONEN- KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

Sebuah sistem komputer boleh dibahagikan secara umumnya kepada 4 komponen iaitu:

  • Perkakasan
  • Sistem pengoperasian
  • Aturcara aplikasi
  • Pengguna

DEFINISI SISTEM PENGOPERASIAN

  • Peruntuk sumber

Mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber sistem komputer (perkakasan dan perisian)

  • Pengawal aturcara

Mengawal perlaksanaan aturcara pengguna dan operasi peranti input/ouput (untuk elakkan kesilapan dan salah guna sistem komputer)

  • Kernel

Suatu aturcara yang dilarikan pada setiap masa (dengan yang lainnya adalah aturcara aplikasi)

  1. KEGUNAAN SISTEM PENGOPERASIAN

  • Sistem pengoperasian adalah teras yang membuatkan komputer berfungsi. Ia bekerja di belakang tabir dan bertindak sebagai pengantara untuk permintaan daripada pengguna dan aturcara. Berikut adalah fungsi sistem pengoperasian :
  • Menyediakan antara muka kepada pengguna untuk menggunakan komputer.
  • Menguruskan perkakasan seperti komponen-komponen input (tetikus, papan kekunci, pengimbas), output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama (RAM). Sistem pengoperasian akan menyelaras dan menjejaki/mengikuti aturcara mana yang memerlukan perkakas mana.
  • Melaksanakan dan menyediakan kemudahan untuk perisian aplikasi dan utiliti beroperasi dengan lancar.
  • Menguruskan sistem fail cakera keras. Sistem pengoperasian menguruskan perjalanan data dari komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor) dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder.

EVOLUSI SISTEM PENGOPERASIAN

· Evolusi OS berlaku sebab perubahan teknologi mengikut zaman. Ini termasuklah

· perubahan dan peningkatan teknologi perkakasan

· permintaan pengguna yang menginginkan perkhidmatan/ kemudahan baru serta prestasi sistem pengoperasian yang lebih tinggi.

· Upgrade OS yang mempunyai masalah

  1. JENIS – JENIS SISTEM PENGOPERASIAN DIPASARAN

· Batch Operating system

· Multiprogramming operating system

· Time Sharing System

· Real Time System

· Network System

· Distributed operating system

D.PILIH SATU SISTEM PENGOPERASIAN DAN TERANGKAN

Batch Operating system

  • Semua job (jujukan arahan, program atau data) akan dikumpulkan sebelum ia diproses
  • Juga dikenali sebagai ‘non interactive system’
  • Sistem yang pertama menggunakan konsep multiprogramming
  • User tiada interaksi dengan job ketika ia diproses

Multiprogramming operating system

  • Sistem yang membenarkan lebih 1 pengguna / program dilaksanakan pada 1 masa
  • Mempunyai user account database yang memberi hak kepada user terhadap satu-satu sumber
  • Lebih selamat
  • Contoh : - Unix
  • Sistem ini membenarkan job berlainan user disimpan pada memory komputer, menjadualkan job pada CPU, menyediakan kemudahan i/o berdasarkan permintaan setiap pengguna dan mengoptimakan penggunaan sumber komputer
  • Objektif sistem ini : memaksimumkan jumlah program yang dilaksanakan dalam masa yang spesifik

Time Sharing System

  • Benarkan beberapa user guna komputer serentak (On-line)
  • Objektif sistem ini :- Respon yang cepat untuk setiap pengguna komputer

Real Time System

  • Digunakan untuk mengawal industri system atau machinery system
  • Antaramuka tidak user-friendly
  • Banyak digunakan untuk menguruskan komputer untuk pastikan pelaksanaan operasi sama dengan bilangan atau kekerapan perlaksaan operasi dalam 1 masa yang ditetapkan
  • QNX adalah contoh RTOS

Network System

  • Merupakan koleksi komputer yang dirangkaian bersama
  • OS setiap komputer yang dirangkaikan mengandungi pengawalan untuk mengendalikan komunikasi dan pemindahan data / program ke komputer lain dalam rangkaian
  • User sedar kewujudan pelbagai komputer dan boleh log-in kepda komputer remote dan copy fail dari 1 komputer ke komputer lain
  • Setiap komputer mempunyai OS dan user yang tersendiri

Distributed operating system

  • Merupakan koleksi processor yang tidak berkongsi memory, i/o device atau clock
  • Processor berkomunikasi antara 1 komputer dengan lain melalui talian rangkaian
  • User tidak perlu ambil tahu dari mana program dilaksanakan atau dimana fail disimpan
  • Semua ini akan dikendalikan secara automatik dan berkesan oleh sistem pengoperasian

No comments:

Post a Comment