DISK CLEAN UP TECHNIQUE
Langkah 1
-Fungsi Disk clean up ini terdapat pada sistem Windows 98, Me dan XP. Untuk melakukan Disk clean up , pertama sekali klik pada ikon My Computer dan paparan cakera keras akan kelihatan. Klik tetikus kanan pada drive, C atau D. Bergantung kepada partion yang ingin dilakukan. Lihat bawah:
-Seterusnya, klik pada Properties.
Langkah 2
- Paparan ini akan muncul. Ini adalah paparan cakera keras (hard disk) anda. Warna biru pada carta pai bermaksud ruang yang telah digunakan manakala warna pink adalah ruang yang masih kosong dan masih belum diisi. Kemudian, klik pada Disk Cleanup.
Langkah 3
-Aktifkan semua kotak yang ada pada bahagian Files to Delete, lalu klik OK.
Langkah 4
-Klik “yes” jika ingin meneruskan langkah ini.
Langkah 5
- Proses mencuci ini mungkin akan mengambil masa, bergantung kepada fail yang telah dipilih dan juga kandungan 'junk' file didalam hard disk. Jika banyak maka masa yang akan diambil agak lama. Proses ini selamat jika dilakukan setiap kali. Proses ini harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi pengguna Internet.
DISK DEFRAGMENTER TECHNIQUE
Langkah 1
-Buka Disk Defragmenter : Klik start → Klik pada All Program → Accessories System Tools → klik pada Disk Defragmenter
Langkah 2
-Klik pada Volume yang dikehendaki untuk fragment fail dan folders. Kemudian, cklik Analyze.
Langkah 3
-Apabila selesai Disk defragmenter menganalisa volume, ia akan memaparkan analisis volume pada Analysis Display. Ia juga akan turut memaparkan kotak dialog yang memberitahu anda samada ingin melakukan defragment pada volume atau tidak.
Langkah 4
-Gambar dibawah menunjukkan langkah Defragmenter
Langkah 5
- Klik View Report untuk paparan laporan analisis dimana ia memaparkan maklumat lengkap tentang volume dan senarai fail yang telah di fragment.
SOALAN:
1) Bincangkan apakah tujuan melakukan disk clean up:
- Inilah aplikasi Disk Cleanup yang telah disediakan oleh Microsoft.Tujuan perisian ini adalah untuk menghapuskan fail 'junk' dan fail-fail sementara (temporary). Downloaded Program Files ialah fail-fail Installer yang kadangkala akan terpapar apabila anda melayari sesuatu laman web yang akan meminta anda memuat turun sesuatu perisian. Perisian tersebut seterusnya akan disimpan di dalam folder ini.
- Tatacara proses ‘Disk Cleanup’ bertujuan untuk membuang fail-fail
yang tidak diperlukan di dalam sistem komputer. Apabila kita
menggunakan sistem pengoperasian seperti Windows, kita kadangkala
tidak mengetahui apakah fail- fail sistem yang ada di dalam sistem
komputer kita. Windows menggunakan fail-fail berkenaan untuk tujuan
tertentu dan mengekalkannya di dalam satu folder yang dibina bertujuan
untuk menyimpan fail-fail sementara ini. Anda juga mungkin telah
membuat instalasi komponen-komponen Windows sebelum ini yang
mungkin tidak lagi digunakan. Penggunaan ‘Disk Cleanup’ ini dapat
mengurangkan fail-fail dalam cakera keras anda untuk memastikan
ruang penyimpanan (free space) yang banyak di dalam sistem
komputer
SOALAN:
2) Bincangkan apakah tujuan melakukan disk defragmenter:
- ‘Disk Defragmenter’ berfungsi untuk menggabung dan menyusun atur
fail-fail di dalam cakera keras anda. Penggunaan ‘disk defragmenter’ ini
dapat memberi kemudahan kepada penguna untuk membuka dan
memasuki fail anda dengan lebih mudah dan cepat.
SOALAN:
3) Kenapa kita perlu melakukan “back up” dan tunjukkan langkah melakukan ”back up”
-Perkara yang kedua terpenting ialah menyediakan salinan bagi setiap data penting (backup). Langkah ini penting bagi menyelamatkan data yang amat berharga dalam komputer anda yang kelak anda tidak mahu menyesal setelah kehilangannya.
-Maka, langkah backup ini merupakan salah satu kemestian yang perlu anda lakukan. Kekerapan langkah backup ini juga bergantung kepada penggunaan komputer anda. Andai komputer anda bertindak sebagai sebuah pelayan (server) atau sebagai sebuah komputer studio, mungkin kekerapannya meningkat kepada seminggu sekali. Sebaliknya jika komputer anda hanya merupakan sebuah komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan gaming dan online, mungkin kekerapan backup hanya perlu sekali pada setiap tiga bulan. Menggunakan backup utility, anda boleh memilih untuk backup keseluruhan sistem atau hanya beberapa fail penting. Cara-cara melakukan back up adalah:
1. Mulakan “Backup Utility” dari Start > Program > Accesories > System Tools > Backup
2. Setelah tetingkap “Backup” muncul, anda boleh memilih untuk menggunakan Advanced Mode atau klik Next untuk langkah seterusnya.
3. Jika anda klik Next, maka anda perlu memilih samada untuk menyediakan “Salinan Backup” atau mendapatkan semula “Salinan Backup”
4. Anda perlu memilih fail yang ingin di ”back up”
5. Pilih lokasi untuk menyimpan back up
6. ‘Back up ’sedang dilakukan
7. ‘back up’ telah selesai
8. Jika anda memilih untuk Advanced Mode pada langkah ke-2 tadi, maka sebuah tetingkap baru akan muncul dengan pilihan Backup Wizard, Restore Wizard atau ASR Wizard. Anda hanya perlu klik pilihan anda dan meneruskan langkah-langkah seterusnya.
KESIMPULAN
• Penjagaan dan pemeriksaan Hard Disk komputer memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan perisian yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk
RUJUKAN
• http://www.mykomputer.info/
• http://a-child-noor.blogspot.com/2009/06/backup-and-restore-data.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment